Hari ini hari terakhir untuk semester 1, cepat pula masa berlalu, minggu depan dah nak periksa, moga-moga dapat lulus dengan cemerlang. Banyak ilmu yang boleh digunakan bila di sekolah nanti.
Kawan-kawan ada yang sudah baca buku,saya bila nak mula asyik teringat anak yang seorang tu di kampung, sedang buat apa agaknya dia, makan ke belum, emak sudah ada orang mandikan ke tidak. Banyak benda terpaksa dikorbankan kerana nak dapatkan ijazah macam cikgu-cikgu kita di sekolah.Semoga anakku dapat keptusan yang membanggakan dalam SPM hujung tahun ini.
Tuesday, October 6, 2009
Monday, September 28, 2009
pengalaman jadi guru
cita-cita memang nak jadi guru,bila dah jadi guru banyak ragam anak murid,kita pun pening .Target sekolah untuk jadi sekolah cemerlang dalam akademik memang menjadi cita-cita semua guru. pada masa itu, terfikir kalaulah dapat jadi penolong kanan alangkah seronoknya, dapat minta markah dari guru-guru dan kumpulkan untuk diberi kepada GB. Bila dapat jadi penolong kanan,terfikir pula alangkah bagusnya dapat jadi GB , tugasnya mempengerusikan mesyuarat
dan tengok kewangan sekolah saje.
Bila dapat jadi GB barulah tahu betapa sukarnya mengurus sekolah,gurunya, muridnya, kewangan, dan prestasi akademik. Terbayang pula kalau jadi guru biasa alangkah bagusnya, jumpa murid saja setiap hari.
dan tengok kewangan sekolah saje.
Bila dapat jadi GB barulah tahu betapa sukarnya mengurus sekolah,gurunya, muridnya, kewangan, dan prestasi akademik. Terbayang pula kalau jadi guru biasa alangkah bagusnya, jumpa murid saja setiap hari.
Subscribe to:
Posts (Atom)